Pages

si cantik dan si kacak

Thursday, May 24, 2012

Salam Rejab

Assalamualaikum . .


Alhamdulillah, today is 25th May (4 Rejab 1433H) . 
Salam Rejab to all bloggers and silent readers :)
Semoga keindahan bulan ni, dirasai dan dihargai bersama.
Ameen.

Nak berkongsi kegembiraan sahaja
Tak ada niat lagi tau !

Dalam seminggu dua nih, ada je cerita baik yang berlaku.
Kata orang 'Air dicincang, tak akan putus'.
Hari ni, aku admit and yakin dengan peribahasa tuh.
Air mana yang dicincang , yang akan putus?
Air tu datang dari sumber yang sama,
biar jauh mana pun mengalir, 
akan berjumpa di satu tempat yang sama.
Akan berjumpa di sungai, laut.
Tapi tu kalau air la kan :)

ikhsan :Bukan mata cheq 

Ikatan kekeluargaan & persahabatan
Selagi ada rasa kasih, sayang, rindu pada kenangan lama
Mesti akan bertaut semula
Besar mana pun kesalahan seseorang individu,
mesti ada ruang kemaafan
dan ruang untuk melupakan perkara lama
Bak kata orang, 'Buang yang keruh, ambil yang jernih'
Tapi semua perubahan nih, memerlukan MASA dan KESABARAN
Kalau tak, boleh jadi tak Ikhlas

Sebab nya, boleh je kalau
"Eh eh ! Aku dah dah maafkan kau la" . Padahal dalam hati (Dulu kau buat aku macam2 kan, kau ingat senang2 aku nak maafkan kau?Silap la weh! *&*$#7*8)

Tapi lebih baik kalau
"Awak, sudah la, saya maafkan awak. (Tak pe la, kita masing2 pernah buat silap. Saya rindu kenangan lama kita dan kasih sayang yang pernah terjalin)

Kan? Kan? Nampak tak keikhlasan nya dekat situ.
plus cakap "Sebenarnya, saya pun rindu awak sangat !"

Sambil berjujuran air mata, sebab terlalu rindu and kesal dengan perkara lama yang membuatkan putusnya ikatan tuh, namun apabila cuba untuk bersatu semula.

Betapa indahnya Moment dan Saat ketika itu.
Ya Allah, hanya Kau yang tahu, betapa sejuknya hati 'beliau' melihat ikatan ini kembali bertaut dan bersatu.

Moga satu ketika kelak, 
hati beliau turut menangis gembira 
melihat mereka bersatu
demi merapatkan ukhwah yang sudah terpisah.
InsyaAllah.

Meminjam kata-kata sahabat ini :
Memutuskan Silaturrahim

Nabi sebut : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Riwayat bukhari : ” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)

Nabi juga sebut : ” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )

Tidak Bertegur melebihi 3 hari.
Apakah hukum orang yang tidak bertegur selama 3 hari walaupun mereka hidup berjemaah bersama-sama?
Jawapannya: Nabi s.a.w bersabda maksudnya; “Siapa yang tidak bertegur sapa akan seseorang Muslim selama 3 hari, maka matinya masuk neraka.” (Muslim) 



Korang, betul la kata pepatah Melayu, “Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit“.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam hadithnya yang bermaksud:
“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)”


p/s : Semoga ikatan kekeluargaan dan persabahatan ini tidak akan terputus dengan berlakunya satu perbalahan. Adat manusia, manusia melakukan kesilapan. Sebelum tidur, jom memaafkan sesama sendiri. Baru hati tenang. :)

ikhsan :google

Wednesday, May 9, 2012

Low Blood Pressure ?

Assalamualaikum . . . .


Alhamdulillah, its almost 2 months as I am here, as a practical trainee in TPM Corporation Sdn Bhd. Rasanya, after ditolak tambah, still ada 6 weeks more ! Then I officially graduated, dengan 6 semester a.k.a 3 years as UiTM Shah Alam student. Weeeeeee :) so.proud.of.myself. Alhamdulillah.



Eh, okay ! Out of topic ! :)


Macam ni al kisahnya. . . ..  . . .


On 8th May 2012, after busy dengan kerja + buat filling (tengah rajin la konon!), suddenly kepala rasa sakit sangat2. Otak macam nak pecah, mata jadi sakit. Rasanya urat tengkuk ni tetiba jadi macam tegang sangat a.k.a rasa nak nak putus. Sakitnya Ya Allah, sakit :(

Tetiba pandangan mata jadi blur, area mata berdenyut. Kepala sakit. Tak tau la nak describe macam mana kan. Mungkin mygrain yang dtg nih, tetiba sebab too stress.



Wanie terus jumpa Pn Izniza Afzan yang memang tengah busy handle event kat bawah, ada official opening ceremony untuk Company Intelliops Sdn Bhd. Supposely wanie tolong handle event dekat bawah, but so sorry, kesakitan ni melampau sangat. Tak dapat nak berdiri pun.


"Kak Iz, wanie mintak maaf sangat tapi 
is it okay kalau wanie mintak izin balik sekarang 
untuk gi clinic? 
Im not feelin well, 
and tadi pakej siap muntah2 lagi" 
Sambil buat muka kesian seposen nih !

Wut? Seriously? 
Eh, xpe2. Wanie gi balik sekarang, 
and make sure once u got the MC, 
please let me know and take En.Azrai 
sign before u gve the MC to HR okay.
Take care yourself tau !
Kan? Baik kan. She's too kind and sangat professional lor.
Thanx lot Kak iz :(

Wanie terus call my brother, abg wan mintak simpati tlg pick up kat office and terus gi Clinic Mediviron.
Doc check tekanan darah rendah, mata dah blur, badan menggeletar + sejuk, perut xsehat, plus Mygrain. Doc cakap sebab wanie too stress and and terlalu push mata untuk mengadap PC, even mata dah letih sangat. Doc cakap ni tanda2 low blood pressure a.k.a hypotension. 

ubat-ubatan

Alkisahnya. Kesian wanie kan? Since start kerja nih, level kesihatan merundum betul. Rasanya everyday ambik supplement (Vit E,C and B Complex). But maybe xckup rehat kot.

Wanie pun xtau sangat pasal sakit nih, so nasib baik ada google :) Ke kena tanya Kakak Cantek si Fatin Liyana ?


p/s : Doakan wanie sihat2 selalu ye. Banyak lagi benda wanie nak capai dalam hidup nih. InsyaAllah.


Budak sakit dah sihat sikit :)




Friday, May 4, 2012

APRILOVE Giveaway Contest


Assalamualaikum . . .


April ? 2012 ?


Heart sangat dengan APRIL ! Interested sangat kalau dapat cute baby, for sure nama APRIL !  


Kenapa?




Sebab, wanie lahir 28 April 1989 ! Happy belated birthday for ME ! :)


Ok, out of topic ! :)






Reenee Raaid, one of the famous muslimah modelling and been marries for two years ! Dulu mesti mood B2B tu strong kan? *Jeles husband macam shah jazle. Kan? hahaha.


Tak susah join contest ni.






Just upload header nih.
And jawab few soalan .


Boleh usha blog sis nih, cantik okay ! Jeles i. :p kakak chantek.


Ok, salam :)










Thursday, May 3, 2012

Everything will be fine

Assalamualaikum . . . .


21 weeks more ! less than 6 months ! preparation? Nothing?


Yes, kena sangat la tuh ! B2B kat luar semua dah bertungkus lumus prepare every single things tapi wanie? Angan2 tu dah lama ada dalam kepala, but belum terluah lagi dek perbuatan :)

Kalau nak buat LIST, rasanya terlalu banyak nanti. Impian tu macam2, nak tu, nak ni. Tapi rasanya lebih afdal kalau buat mana yang perlu, wajib dan bersederhana je kot. 



Ramai yang cakap, "Dik, kawen ni sekali seumur hidup, tak salah buat yang grand !" . Kan? Tapi apa cite lak kalau yang kawen dua tiga kali tu? :) No comment . . . .


Its ok la, as long majlis berjalan dengan baik, tetamu dapat dihidangkan dengan makanan yang sedap and superb, keluarga gembira, and also dengan tujuan menghebahkan mengenai pernikahan ni. So, tak de la sebarang suara2 kecil lagi, yang boleh menggangu ikatan ni. InsyaAllah.


Wanie bukan artis, bukan anak atok , eh dato' la.. Heee. Or bukan siapa2 nak dapat sponsor or whatsoever la kan. Tapi memang niat kat hati, nak buat majlis yang simple, happy and AWESOME. Tak perlu nak berhabis berpuluh2 ribu, cukup la apa yang mampu. Mana la tau, dengan idea nak DIY few things yang mampu, boleh membantu wanie untuk beli PREVE baru tuh nanti ! Proses penjimatan sedang diadakan, so harap maklum .


Yang penting :


”Tidak sempurna dan lengkap seseorang mukmin kemudian daripada taqwa kepada Allah itu yang terlebih baik daripada isteri yang solehah. Apabila dipandang menyukakan hati, apabila disuruh ia taat. Dan apabila tiada suaminya ia memelihara maruah diri (kehormatannya) dan harta suaminya.” (maksud hadith).

Kehidupan selepas ikatan pernikahan lebih penting. Proses pembelajaran tak pernah habis. Kawin muda? Tak jadi masalah. Kena banyak belajar cara nak, HADAPI DENGAN TENANG .



:)




Wednesday, May 2, 2012

Nasihat KAKAK kepada ADEK2 !

Assalamualaikum . . . . . 


Yes, it's been almost two months here since I started my practical training here, at TPM Corp Sdn Bhd.


Alhamdulillah, everything run smoothly and environment pun okay. Just nice la kata orang.
Not too stress to be a part of them, but kadang2 tu ada la. Tipu la kalau xde stress. :)


Ok, skema sangat ayat tuh ! Terlalu menjaga hati sangat tone awak okaih !


Hahaha.


Saje je, nak share experiences here. For those yang bakal start internship macam KAKAK nih,  ada few basic things yang you must be able to know, before kaki korang melangkah kat office korang intern.


Jom ! Kita buat checklist okay.


First thing, is self confident. Ye, benda tu la yang paling penting. Korang mesti kena buat2 confident (bagi yg ada low self esteem). First impression tuh penting tau ! Especially kalau kerja in corporate dept, jumpa clients, or etc. Make sure, korg introduce diri sendiri dgn sgt confident. Jangan ter'over lak, nanti susah. hahaha. Senang kata, just be yourself. Jangan terover lak.


Second thing is Jangan malu bertanya, . Yes, bertanya. Rajin kan je mulut untuk bertanya. Ye la, kita masih lagi dlm proses pembelajaran. Learning process tak kan habis sampai bila2. But make sure, jangan la bertanya benda yang dah dibagitau or keep asking same question. Itu, kita pun marah kalau asyik bertanya benda yang sama kan? Xpe, jangan segan or jangan malu. First day dtg kerja, salin la pape yg dirasakan penting. Tak kan semua benda yg dieorg explain on ur first day, korang boleh simply ingat kan? Rasanya tak kot, lain la kalau ada otak yang advance tahap gaban ! hahaha.




Third thing is, be well prepared. Honestly la eh, pada wanie, (mase bila ntah start guna nama sendiri kan? :) ), semua theory or knowledge yang kita study masa universiti bukan lah 100% sama dengan apa yang kita akan hadapi masa bekerja (practical). Ada certain things, yang sama but ada jugak kerja yang diluar bidang belajar kita. So, jangan la rasa macam "eh, aku budak masscom, ape ade hal aku kene buat photostat document bagai nih?" "Hello ! aku jugak ke yang kena jawab call semua nih?" "apa kaitan theory of persuasion dengan segala bagai nih?"


Hahaha. wanie xcakap la semua orang macam tuh. Actually, more focus pada diri sendiri je. Mula la buat andaian sambil buat muka seposen sebab confuse dengan scope latihan kat sini :)


Ala, ape ada hal. Buat je la. Memang la itu bukan kerja kita, tapi itu satu skills baru wut. Lain la kalau rumah korang memang ada machine photostat yang besar bagaih tuh kan? Den xdo, so den eksaited la aih ! :)


Janji ada kerja, n practically, wanie still dibagi task yang relate dengan requirement faculty. At least, i got my first exposure to real workin environment ! :)


P/S : Okay, kena focus dengan practical sebab habis je practical insyaAllah kena focus untuk wedding pulak. Banyak benda dalam kepala nih nak kena buat. Harap2 semua ok :)

Monday, March 12, 2012

Be an adult, with no fear !

Assalamualaikum . . . .

Ya ampun, lama rasanya tak conteng2 belog melog nih! :)
LLB sangat (bak kata ijat aziz) 
huhu

Alhamdulillah
berjaya jugak mencapai hari ke-8 practical kat sini
So far, everything was fine
and harapan nya sampai ke penghujung pun, semua akan ok
Even ada la sikit2 masalah
but then dapat solve dgn baik

Rupanya, mcm ni la alam pekerjaan
Once dah dibagi tanggungjawab, kena la carry sebaik mungkin
Itu semua amanah, yang harus dijaga and dipikul 
Bukan senang nak senang,
So, as PRACTICAL TRAINING student
jangan la melawan sangat n ikut je

Betul ka kata one of my friend,
kita practical student
Tak boleh nak expect lebih2 in fact kita just temporary je
Just ikut flow
Diaorg executive, kita? Degree pun belum habis lagi

So, kena la banyak2 bersabar and buat sebaiknya
Insyaallah.

So, to all iic staffs, please do give me a chance
to prove that I am able to perform well
once u give me the opprtunity

Mekaseh !

here i am ! :)



menghitung hari (16 weeks more)






Thursday, March 1, 2012

Berat naik lagi 10kg ! Serious !

Assalamualaikum . . . .


Betul ! 
Tak tipu ! 
Berat naik lagi 10kg !
Isk. Isk. Isk.

Betul....
Depan mata dihidangkan mcam2 makanan
Western, Malay foods, Japanese Food
Isk Isk Isk




Paaaappppppppp !!!!!




La, mimpi rupanya 

Alhamdulillah
:)


Nasib baik mimpi je, kalau in realiti, mau xmuat baju tunang nih ! hahaha :))



Alhamdulillah, ada jugak kesempatan nak membebel2 dalam nih !
Writing is my passion. But then, kalau ada kekangan dari segi

Time

Masa

Waktu

Saat

Minit 


dan 


Ketika....


Hah, ni la jadinya.
Update belog setiap bulan kan, haha
It better la drpd aku dok merepek2 xtentu hala
:)

Alhamdulillah, now is 1st March

Februari dah berlalu
Tapi dalam 29 HARI in februari tu,
macam2 benda berlaku 
& benda2 baik dalam hidup ni
Yes, mmg bersyukur and berterima kasih sgt2 :)

  1. Majlis pertunangan Nursyazwanie & Ainul Farkhan -180212
  2. Result Exam yang boleh dikatakan 'berbaloi' - 220212
  3. Practical training 'APPROVED' - 200212

Hah, nampak tak, semua berita gembira ni semua jadi dalam February ! Because of that, i will say THANK YOU FEBRUARY ! Syukur ya Allah :)

Here, di attachkan few picta from my engagement night.

Pelamin by : Kakngah, Cimie & Kak long

Pengapit tak bertauliah :))

Aish ! Ayu sangaaatt tau !

Org2 kuat majlis ! Exhausted but happy

Kesian mata mereka bertiga. Uhuk

Ok, dan lagi :)

Brg2 hantaran from ME to HIM

Bersama wang hantaran

Berdiskusi sangattt tau ! hahaha

insyaAllah, my mother in law to be :)

Muka boleh goreng teloorr!

Encik tunang, Sebok je dtg tau ! :)

Candid je ok !

Besties . Muax !



P/S :: Alhamdulillah lagi, rezeki Allah. Majlis xde la besar mana pun, cukup la menggembirakan hati keluarga, jiran, kawan2 MIL to be punya family, n yg pling penting diri sendiri. Insyaallah,akan jaga perilaku.  ! Insyaallah bakal jadi isteri orang lak nanti. Eceh !

Esok (2nd March 2012), bermula lagi episod baru --Practical Training di Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd dan akan diletakkn dibawah bimbingan Encik E di Innovation and Incubation Centre (IIC). Wish me luck ya ! amin....