Pages

si cantik dan si kacak

Sunday, January 27, 2013

Happy 3rd Monthsary

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Masih lagi diberi kesempatan untuk membuat coretan kat belog ni. Membebel sambil berbicara sorang2. Best what ! :)

Alhamdulillah, semalam. 26 January 2013, genap 3 bulan perkahwinan kami. Ye, kami. Si isteri dan Si suami. Tak sangka, pejam celik. Dan 3 bulan kami bersama, menjadi suami isteri, bersama2 melayari indahnya kehidupan berumahtangga. Halal. cehhhhh :)

Kekangan kerja dan tanggungjawab sebagai PR Assistant di Spritzer Bhd kadang2 menyukarkan dan memberi ujian jugak menjadi yang terbaik untuk dia. Tapi nasib baik, dia juga sangat memahami. Saling bantu membantu menguruskan kerja rumah. Office hour, kadang2 balik kerja. Terus pengsaannnnn. :') Itu hakikat tapi alhamdulillah, bisikan kata hati 

' wanie, 
awak dah kahwin,
ada suami yang perlu dijaga, 
ada rumahtangga yang perlu diuruskan.'

Betul, tak tipu. Automatic, badan jadi bertenaga, dan semangat terus kuat. Terus bangun dan melaksanakan tanggungjawab. Takpe, itu semua kan tanggungjawab. Suami akan lebih sayang dan menghargai isteri jika isteri cuba yang terbaik dalam rumahtangga. 

B, sorry eh :') 
This is the simplest thing i can do for u.

Happy 3rd monthsary sayang.
3 big apple donuts - 3rd monthsary :)

Prepare this sambil dalam hati nyanyi2 lagu terbaru ana raffali (Jauh ke Syurga)



Ya Allah,
Kuatkanlah jari jemariku
Agar dia rasa tenang dengan setiap sentuhanku
Merdukanlah gelak tawaku
Agar dia takkan sunyi tiap kali berjauhan
Ulang senda gurauku dalam ingatan
Ku mohon padaMu Ya Allah,
Tetapkan hasrat hatiku,
Bantuku bawakan bahagia,
Jalinkan jodohku dengannya jauh ke syurga.

Ya allah,
Hiaskanlah paras rupaku ini
Agar dia takkan jemu tiap kali menatap wajahku
Warnakanlah hidup kami berdua dengan tona sayang
Walau ada salah faham jangan biarnya dalam
Pulih segera…

Ku mohon padamu Ya Allah
Tetapkanlah hasrat hatiku
Bantuku bawakan bahagia
Jalinkan jodohku…
Ku mohon padaMu Ya Allah
Tetapkanlah hasrat hatiku.
Bantuku bawakan bahagia
Jalinkan jodohku dengannya jauh ke syurgaaa… oooo
Ya Allah..



Till next entry, x0x0 !

Thursday, January 24, 2013

Part 3 : Engagement Day

Assalamualaikum semua.

Again, im hereeeee !

^_^

Alhamdulillah, on 18 February 2012, im getting engaged ! 
Bertukar status daripada SINGLE to TUNANGAN orang.
Nothing change, cuma ye la.
Orang kata, berdarah manis. Tapi apa ntah yang manis :)

Ye, mmg manis, tapi itu la.
Kalau dah manis, ada je semut2 nakal datang menguji.
Itu adat, tapi alhamdulillah.
Kami berjaya harungi dengan baik.

Ok, here it is.

Majlis bermula lepas isyak. Errr. Kenapa buat malam? Sebab family bekerja. So, mereka mostly balik kampung sabtu. So, majlis diteruskan waktu malam.
Its between my family and his family.

Cuma ada la few jiran tetangga yang dijemput, sebab abah buat kenduri doa selamat terus.
Sebab anak bongsu nya sudah menjadi tunangan orang :')

Abah tetap hero dihati selamanya. 

Ramai jugak yang datang. 
Thanks untuk family, jiran2, and also my BFF (Bella, Nida, Eliz, Jua, and Sal)
Love u guys . Mwahhh














Love. x0x0

Part 2 : Preparation for Engagement and my Big Day

Assalamualaikum. Hye semua.

Maaf sebab kesuntukan a.k.a Busy sangat sampai terabai belog comel nih sekejap.
Konon2 nak jadikan belog nih references pada b2b kat luar, tapi ceit !
Tinggal angan2 je la :p

Entry kali ni mungkin agak panjang, semoga readers blog ni dapat memahami isi kandungan sebenar entry ni. jeng jeng. huhu.

Alhamdulillah,  dengan hiv test and pergi ke kursus kawen bersama dia. Pengalaman yang sekali dalam seumur hidup dan pastinya korang semua akan merasai dan mengalami perkara yang sama bila nak berkahwin nanti. Walaupun nampak macam complicated nak setelkan satu-satu perkara, tapi honestly, memang semua tu adalah salah satu perkara yang 'worth it' dan best bila dilakukan bersama-sama pasangan korang nanti. Percayalah cakap kite ni.. :P

Most important thing is, please buat checklist to make sure semua under control :)

Ok,

Step by step.
Perkenalan kami berdua start dengan rakan baik. Yes, BFF !
He is one of my friend's friend. Errr.
Dia join sekali beraya rumah masa Aidilfitri tahun 2009.
Bila sesekali teringat, yes. Air anggur jadi saksi :) hahaha.
Start from that,sesi mengenal diri masing-masing antara aku dan dia, mengenal latar belakang pasangan serta keluarganya.

Ok, dia tinggal tak jauh dari rumah.
Dalam 20 minit boleh sampai.

Korang pernah tak 'eh, tak nak lah org dekat. Nanti kompang xsempat ketuk2 dah sampai'.

Penah tak?

Yes, happened to me now ! 
^_^

Tapi trust me, kalau kita pegang dan percaya yang Allah akan bantu dan memudahkan urusan kita jika nak buat sesuatu yang baik, in this case, getting married.


 :')

Ok, x0x0

Part 1 : Merisik

Assalamualaikum  . . . .

Ya Ampun. Lama betul tak post sebarang entry kan. 
Sedihhhh. 
Busy? 
Apakah busy sangat sampai lupa nak update? Hahahaha.

Fyi silent readers,
Just mampu draft entri dalam laptop
Tapi nak post, kena fikir banyak kali
Now, insha Allah dah sahih dan terikat

Ingin berkongsi rasa gembira ini dengan kalian semua
We go part by part okay?
:)
*Ignore kisah bercinta, dek kerana menjaga apa yang perlu.

Part 1 : Merisik

Alhamdulillah, on 17 November 2010, 
im move to the first step. Yes, merisik. I dunno in details la pasal this things
but just follow my mom's suggestion.
'Better risik dulu, so ada tanda'.
Eh, cmtu ye? Kalau couple je xboleh? 

Ok, tak nak cakap lebih2.
^_^

Abaikan quality gambar, sbb xplan sgt nak havoc pn.
Just a short discussion between my family and his family.





Terasa tangan kurus tau uols ! hahaha.

Ok, x0x0

New life, starts here

Assalamualaikum semua . . . .

Alhamdulillah. Berjaya jugak meng'hupdate belog melog yang sangat la berhabuk bagai nih ! Kesian :')

Sorry, bukan takde masa. Cuma masa tu sangat priceless sampai nak tengok laptop pun mcm kena fikir dua tiga kali. hahaha.

Alhamdulillah, 2013 membawa beribu perkara yang membahagiakan.
menyenangkan

Cuma ada la few things yang menguji kesabaran dan kekuatan untuk memulakan sesuatu perkara yang baik.
Tapi berjaya jugak diharungi.
^_^

Just a short post for today.
Later akan hupdate more.
Yes,

Engagement.
Solemnization.
Reception
Convocation
Move to new home 'teratak cinta'
and best part is

Being employed ! ! ! 

Ok, gonna post it soooooonnnn. One by one okay !
So, for those yang nak sharing2 happiness, jom.

-XOXO

Thursday, June 7, 2012

The power of LOVE

Assalamualaikum . . .

Benar, Cinta tu sangat indah.

Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)
 
Benar kata pujangga. 
Cinta letaknya di hati. 
Meskipun tersembunyi, namun getaran cinta jelas terpancar.
Ia mampu mempengaruhi fikiran 
sekali gus memberi kesan kepada tindakan. 
Sungguh, cinta dapat mengubah 
pahit menjadi manis, 
debu beralih emas, 
keruh menjadi bening, 
sakit menjadi sembuh, 
penjara menjadi telaga, 
derita menjadi nikmat, dan 
kemarahan menjadi rahmat. 
Cinta mampu melembutkan besi, 
menghancurkan batu karang,
 membangkitkan yang mati 
dan meniupkan kehidupan padanya 
serta membuat hamba menjadi pemimpin. 
Inilah dahsyatnya cinta!" 
(Jalaluddin Rumi).


Cinta Yang Terutama
Alangkah indahnya Islam! 
Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan  lebih abadi. Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya.

Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'

Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata.

Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!

Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)

Cinta Allah Cinta Rasululllah

Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.

Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

Cinta Terulung

Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.

Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)

Faktor kuasa cinta adalah KOMUNIKASI. Tidak ada lain lagi selain komunikasilah yang menentukan turun naiknya kuasa cinta. Bacalah betapa hebatnya komunikasi yang dikatakan faktor kuasa cinta di sini. Kerana itu orang yang sentiasa berkomunikasi akan lebih mesra, akan terlahirnya cinta. Allah menjadikan perasaan cinta sesama manusia agar manusia memahami cinta dan faktor kuasa cinta. Apabila manusia memahaminya, maka sudah pasti manusia akan lebih mudah untuk bercinta dengan Pemiliknya iaitu Allah.

Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana komunikasi merupakan faktor kuasa cinta. Lebih banyak komunikasi, lebih hangat cinta kepada Allah. Lebih hebat cinta kepada Allah. Lebih mendalam cinta kepada Allah. Dengan komunikasi, jiwa lebih tenteram kerana cinta tidak dihalang. Komunikasi dengan Allah lebih menenangkan jiwa kerana segala masalah dikongsi dan diluahkan kepada Yang Tersayang iaitu Allah.

Ingatlah bahawa TIDAK ADA SELAIN ALLAH YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN DIRI KITA. Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Komunikasilah dengan Allah apa saja yang difikirkan, dilihat, didengar dan dilakukan. Sentiasa Ingat dan Sebut Nama Allah.

ihsan : iluvislam

Tuesday, June 5, 2012

Get well soon dearie

Assalamualaikum . . .


Alhamdulilah. Another 12 days, im freeeee! :)
Tak sangka, pejam celik dah genap 4 bulan bersengkang mata untuk bekerja mencari rezeki yang halal.


Eceh ! Ayat sangat novelis tau korang !
Tapi dalam happy2 nak habis ni, ada lak berita yang sedih .


Semalam, encik tunang informed yg he was admitted to the hospital due to gallstone or Batu Karang. 


Risau yang teramat sangat. Rasa nak fly gi Taiping, but due to kekangan kerja yang melampau, plus terikat dgn status 'practical trainee', membataskan sikit kehendak nak gi sana.


Kalau dulu, dia call kul 3 pagi, rasa nak marah je sebab kacau org tido. Huhuhu.
Now, dia call kul 3 pagi, nak inform sebab nak gi hospital. Nasib la ade encik azhar n encik syed. Thanx korang.


Dulu, my abah pun ada masalah kesihatan yang sama. And honestly, menangis setiap kali tengok abah tertunduk2 menahan sakit perut. Sampai berpeluh2, tak tidur malam sebab menahan sakit.


Now, encik tunang lak yang sakit. Dugaan.
Harap awak sabar and jangan patah semangat ok.


Here, wanie attach kan jugak some short info regarding the gallstone…

  • Gallstones are crystalline bodies formed within the body by accretion or concretion of normal or abnormal bile components – wikipedia
  • A gallstone’s size can vary and may be as small as a sand grain or as large as a golf ball. The gallbladder may develop a single, often large stone or many smaller ones. They may occur in any part of the biliary system – wikipedia
  • Causes: may be caused by a combination of factors, including inherited body chemistry, body weight, gallbladder motility (movement), and perhaps diet – also wikipedia.
  • Symptoms: experience intense pain in the upper abdominal region, pain under the right shoulder, difficulties in urinary, gas, indigestion – again, wikipedia
  • Tips: drinks lots of plain water, avoid sweet drinks especially carbonated drinks, eat- barli, wheat based, banana, potatoes, fiber fruits, avoid- tomatoes, spinach, carrot, meat, strawberry, pickles, tea, alcohol.
click sini for more information.

p/s : To encik hugbee, take care your self. and please dengar ckp doctor, since u'r not feeling well.