Pages

si cantik dan si kacak

Friday, July 29, 2011

Cinta hati VS cinta yang satu

Ya Allah
 
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Aku memohon 
Agar hubungan ini diberkati
Aku pasti
Bukan berkekalan
Selama-lamanya
Kerana aku adalah hambaMu
Yang masih lagi daif dan kerdil disisimu
Ikatan yang suci *insyaallah.


* Okei, itu doa yang diharapkan agar hubungan baik ini 
dapat diteruskan ke peringkat seterusnya. 
Insyaallah. 
But in fact, banyak perkara yang mesti 
diperkukuhkan sebelum perkara lebih serius diambil. kan?

Mak pernah cakap
Kita kena sentiasa bersikap tolak ansur dan sentiasa bersabar
Tapi boleh ke? 
Ye la, masing2 ada ego sendiri kan.
Kalau boleh nak menang sentiasa.
Payah la nak terima kekalahan 
*ok, aku la tu.huhu


Ada yang cakap
siapa nak buat keputusan nak kahwin awal ni sebab
gatal sangat .
xsabar2 .
xfikir jauh .
n macam2 lagi la.

Aku bukanlah nak fikir kahwin sangat pun
itu lumrah
memang nak capai impian dulu
capai cita2
capai duit banyak
capai kehidupan yang selesa
banyak lagi la kan.

Mak cakap lagi
Tapi xsalah kalau belajar n bersedia
belajar dari buku2
pengalaman orang lain
sedia dari segi mental, fizikal
n yg plg penting emosi.
 
Mak cakap lagi
Perkahwinan ni macam mendayung sampan dgn pasangan kita
kat tengah lautan luas yang bergelora. 
Kalau tak ada kerjasama dan kesefahaman 
maka tenggelamlah sampan tersebut.


insyaallah. 
berdoa la demi kebahagiaan and kejayaan dalam kehidupan


amin





No comments: