Pages

si cantik dan si kacak

Thursday, May 24, 2012

Salam Rejab

Assalamualaikum . .


Alhamdulillah, today is 25th May (4 Rejab 1433H) . 
Salam Rejab to all bloggers and silent readers :)
Semoga keindahan bulan ni, dirasai dan dihargai bersama.
Ameen.

Nak berkongsi kegembiraan sahaja
Tak ada niat lagi tau !

Dalam seminggu dua nih, ada je cerita baik yang berlaku.
Kata orang 'Air dicincang, tak akan putus'.
Hari ni, aku admit and yakin dengan peribahasa tuh.
Air mana yang dicincang , yang akan putus?
Air tu datang dari sumber yang sama,
biar jauh mana pun mengalir, 
akan berjumpa di satu tempat yang sama.
Akan berjumpa di sungai, laut.
Tapi tu kalau air la kan :)

ikhsan :Bukan mata cheq 

Ikatan kekeluargaan & persahabatan
Selagi ada rasa kasih, sayang, rindu pada kenangan lama
Mesti akan bertaut semula
Besar mana pun kesalahan seseorang individu,
mesti ada ruang kemaafan
dan ruang untuk melupakan perkara lama
Bak kata orang, 'Buang yang keruh, ambil yang jernih'
Tapi semua perubahan nih, memerlukan MASA dan KESABARAN
Kalau tak, boleh jadi tak Ikhlas

Sebab nya, boleh je kalau
"Eh eh ! Aku dah dah maafkan kau la" . Padahal dalam hati (Dulu kau buat aku macam2 kan, kau ingat senang2 aku nak maafkan kau?Silap la weh! *&*$#7*8)

Tapi lebih baik kalau
"Awak, sudah la, saya maafkan awak. (Tak pe la, kita masing2 pernah buat silap. Saya rindu kenangan lama kita dan kasih sayang yang pernah terjalin)

Kan? Kan? Nampak tak keikhlasan nya dekat situ.
plus cakap "Sebenarnya, saya pun rindu awak sangat !"

Sambil berjujuran air mata, sebab terlalu rindu and kesal dengan perkara lama yang membuatkan putusnya ikatan tuh, namun apabila cuba untuk bersatu semula.

Betapa indahnya Moment dan Saat ketika itu.
Ya Allah, hanya Kau yang tahu, betapa sejuknya hati 'beliau' melihat ikatan ini kembali bertaut dan bersatu.

Moga satu ketika kelak, 
hati beliau turut menangis gembira 
melihat mereka bersatu
demi merapatkan ukhwah yang sudah terpisah.
InsyaAllah.

Meminjam kata-kata sahabat ini :
Memutuskan Silaturrahim

Nabi sebut : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Riwayat bukhari : ” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)

Nabi juga sebut : ” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )

Tidak Bertegur melebihi 3 hari.
Apakah hukum orang yang tidak bertegur selama 3 hari walaupun mereka hidup berjemaah bersama-sama?
Jawapannya: Nabi s.a.w bersabda maksudnya; “Siapa yang tidak bertegur sapa akan seseorang Muslim selama 3 hari, maka matinya masuk neraka.” (Muslim) 



Korang, betul la kata pepatah Melayu, “Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit“.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam hadithnya yang bermaksud:
“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)”


p/s : Semoga ikatan kekeluargaan dan persabahatan ini tidak akan terputus dengan berlakunya satu perbalahan. Adat manusia, manusia melakukan kesilapan. Sebelum tidur, jom memaafkan sesama sendiri. Baru hati tenang. :)

ikhsan :google

No comments: