Pages

si cantik dan si kacak

Monday, May 2, 2011

Kegelisahan Kehatian :(


Hari ini sekali lagi aku diuji dengan perkara2 yang seharusnya membuat aku lebih matang dalam meniti hari2 ni
F…jejaka yang membuatkan aku jatuh cinta buat kesekian kalinya. Ntah kenapa, sebak sangat hati aku sekarang.Dia aku rasakan semakin jauh berubah.ntah kekangan pelajaran ataupun apa. 

Namun, aku sedih. Dia lain dengan aku. Cara percakapannya…seperti seorang kawan sahaja. Hilang rasa keprihatinannya terhadap kesihatanku dan keselamatan ku. Aku tau, dia mahukan aku berubah menjadi seorang gadis yang berdikari, matang dan pandai membawa diri. Aku akui tempoh perkenalan yang sudah lama (time kami kenal umur 18 tahun). Okei, I admit that time aku macam budak2. Sangat childish.

Aku juga tau yang kaum adam (ceit!xpayah nak adam sangat la), susah sebenarnya nak faham perempuan. Perempuan ni sangat complicated. Mulut kata nak, tapi hati xnak.  Xtau terima pujian. Buat keputusan tanpa berfikir panjang. Cakap lepas, pastu menyesal.. I admit, itu semua Nursyazwanie Jalani. Bukan semua perempuan mcm tu. Tapi aku macam tu…Selama 22tahun ini, kehidupanku hanya ada keluarga, dan sahabat baikku sahaja. aku tiada sesiapa. aku cuba untuk menjadi insan yang lebih sempurna. Kadang2 aku gagal. Salah aku kerana terlalu mencintainya. Aku sayangkannya. Aku tidak mahu orang lain rapat dengannya…. Tapi betul lah kata orang, kita hidup saling melengkapi. Mungkin apa yang kurang pada diri aku, menjadi kelebihan pada diri dia. Apa yang kurang pada dia, menjadi kelebihan aku pulak. Wanie, nobody’s perfect k? Terima hubungan ini seadanya.

Hari ini juga, permohonan kolejku tidak diterima. Aku gagal buat kesekian kali. Ntah kenapa, aku sudah tawar hati untuk memohon kolej kerana ini merupakan kali kedua permohonan kolejku ditolak. Walaupun aku menjadi AJK bagi biro Disiplin dan Keselamatan. namun keputusan yang aku terima kali ini, sangat mengecewakan aku.aku tau aku tidak perlu berasa begini. Ini merupakan lumrah. Namun jika diberikan pilihan, aku memilih untuk menetap didalam kolej atas dasar keselamatan dan keselesaan. Mak……..adik rindukan mak sangat. Abah……..adik juga perlukan sokongan abah.erm….

No comments: