Pages

si cantik dan si kacak

Sunday, May 8, 2011

berbelah bahagi hati ini :(

Hari ni hari Ahad. Esok aku bakal menghadapi satu lagi paper iaitu paper corporate Public Relations. Mungkin jurusan yang sedang aku ambil pada hari ini bukanlah pilihan pertama ku. Secara jujurnya aku sendiri tak tahu cita-cita dan minat aku. Aku inginkan kehidupan yang simple, sederhana,dan bahagia. *Okei, ayat sangat cliché disitu. heee..

Aku inginkan satu pekerjaan yang tak membuatkan aku pening kepala. Yang aku selesa dan bhagia+ikhlas melakukannya. Tapi itu lah, cita2 dan impian keluarga adalah melihat anak @ adik bongsu ni menjejakkan kaki ke university. Okei, I admit it. Now I am here. But this is what I really want???huh. isk.xpatut btul kan utk aku trus rase mcm ni in fact, I am in semester 4 oredi. Jangan ada keluh kesah lagi la syazwanie.

Kawan?? Apakah itu? Masalah2..hidup kat universiti ni banyak ajar aku erti persahabatan. Rupanya ia merupakan ikatan yang sangat complicated kan? Bercinta pun xsusah mcm ni. Bak kata hafiez “Bumi ni luas wanie, kalau salah seorang kawan buat kita, kita cari je kawan lain”. Kawan yang sentiasa susah senang bersama kita. Aku akui hakikat itu, persabahatan umpama bermain batu seremban. Kita lambung, kita tangkap. Tak semua dapat kita capai. Hanya sebahagian. Takdir dah tentukan segalanya. Hanya focus kita yang bermain. Lebih kita focus, banyak la batu seremban yang dapat kita capai. Ia juga seperti bermain layang2. Cantik dan indah kelihatan di awan biro. Bukan awan nano okei!  tapi kita yang mengawalnya. Gerakan tali harus selari dengan tiupan angin. Jangan dilawan arus angin tu, nanti rosak indahnya layang2 itu..

Amboi bahasa nak berbunga2, padahal entah apa perumpamaan yang ko letak ni wanie oi!

Okei sekarang aku ada dalam dilemma… ala2 persimpangan dilemma nyanyian Nora tu.. okei,ko main2 lagi kan wanie…heee…
Wanie ingat nak kerja dengan Bakal MIL..hah?xtau apa MIL tu?isk…ape daaaa.. bakal Mother In Law…

Kalao kerja spanjang cuti sem ni, dapatlah dalam rm1600. Cukup la nak buat2 belanja include beli baju raya+kasut raya+tudung raya+kuih raya+plus mcm2 raya lagi lar….heee.. tapi kan.kalao aku pilih untuk duduk luar sem5 nanti, aku akan spent banyak duit utk cover dok luar tue.deposit bilik je dalam rm200-rm400..mak aih! Itu lepas duet kolej utk satu sem okei!
Agak disappointed disitu. Erm…….

Duit makan lagi, duit rumah setiap bulan, duit transport, duit bla bla bla bla…..ntah aku mampu atau tak. Aku ni dah la demand nak makan mcm2 kan…erm..
Pilihan aku

1) KOLEJ : Aku boleh jimat disitu. Duit kolej rm420 utk bilik 2 org n rm210 utk bilik 4 org..n sah2 la kalao rayuan aku diterima, aku akan dapat bilik 4 orang kan..erm..kureeennngg sket dr aspek privacy. Tp ok la dari xde kan. Aku jimat duit transport sebab aku boleh jalan kaki je pegi fact aku yang tinggi kat atas bukit batu caves tue kan…..Lagi satu, aku lebih selamat kalao duduk kolej nie. Ade guard 24 jam..so, aku xpayah la nak risau kalao bilik aku kene pecah ke *walhal xpenah pon kan.heee..

2) RUMAH SEWA: Hah, yang ni aku xbpe gemar sgt nak bercerita..sebab complicated lah. Okei, biar aku bebel pasal ni. Kalao aku duduk rumah sewa banyak pro’s n con’s nya…Rumah sewa aku kene bayar deposit rumah, sewa rumah, bil air+letrik,stremix.. Pikir nak masak ape, kemas rumah,safety, transport…n bla bla bla bla bla bla bla… adui. Mau duit aku habis ke situ je nanti. Mane ntah nak jimat kalao dah mcm tu kan… Aku akan dapat lebih RM500 dari PTPTN sebab pinjaman aku yg seribu setengah dulu tu dah xditolak lagi..so, aku akan dapat extra rm500.tapi kalau aku dah bnyak guna kat rumah sewa, ape ntah yg tinggal lagi kan..

So, now jelas2 la aku berada dalam dilemma…… Ain, roommate aku pon xdapat kolej gak. Die kate die xkisah either duduk rumah sewa or duduk luar. Aku mmg la xkisah sgt tp aku lebih prefer utk duduk kolej kot..demi keselamatan, I try buat rayuan jugak…I hope sgt2 dapat…


Al-kisah nya aku masih dalam dilemma lagi ni. N sangat2 berharap yang keputusan permohonan rayuan aku diterima… insyaallah. Pray for me ya 

No comments: