Pages

si cantik dan si kacak

Thursday, September 29, 2011

selamat ulang tahun

Ya allah

Kasihnya hati ni pada seorang lelaki
yang susah payah membesarkan aku
yang sentiasa menjaga makan minumku
yang sentiasa menjaga kebajikanku
yang sentiasa melihatku dengan kasih sayang
yang tak ternilai harganya
yang suci murni cintanya pada keluarga
yang bersusah payah mengeluarkan keringat
atas nama 'abah'

Abah . .

Bila teringin nak ayam percik . . . yang sudi belikan ... abah
Bila tengah sedih menangis . . . yang buat lawak sampai aku gelak.. .. abah
Bila nak manja dan bergurau . . . aku cari . . . abah
Bila nak duit lebih . . . aku cari . . . abah
Bila nakal dan solat lambat . . . yang rotan aku . . . abah
Bila aku takut mimpi seram malam2 . . . aku cari . . . abah
Aku selalu teringatkan ..... abah
Bila aku nak pergi sekolah . . . yang hantar aku . . . abah
Bila sedih, aku mesti call . . . abah
Bila seronok . . . orang yang aku nak cerita adalah . . . abah
Bila sakit, orang yang susah payah bawak pergi klinik . . . abah
Bila nak exam, orang yang rajin bacakan yassin & solat hajat . . . abah

kalau balik ke kampung, yang selalu ingatkan aku
'adik dah bawak semua? adik dah siap kemas barang? 
adik ada cukup duit? adik sampai telefon."
semua nya . . . . abah.

Ya allah, umur abah dah menjengah 74 tahun .
Selama itu jugak, dah 22 tahun abah menjaga aku dari kecil
Dah 14 tahun abah hantar aku pergi sekolah

Sekolah rendah, abah yang hantar aku naik motor usang dia
Kalau minyak motor habis, abah tolak motor tu.
Pergi isi minyak, dan ambik aku kat rumah
Yang penting aku pergi sekolah dan belajar
Sekolah pagi, petang.
Semua abah yang hantar
Walaupun abah penat, tapi abah tak pernah mengeluh
Kuatnya kasih abah pada anak-anak

Sekolah menengah, abah juga yang susah payah hantar
Pagi petang.
Kadang2 malam sebab ada kelas tambahan
Abah tak pernah jemu, tak pernah bising.
Yang penting, ilmu tu.

Pergi Khidmat Negara,
abah sewa teksi sebab nak hantar pergi teluk intan
Abah sewa teksi sebab barang2 aku banyak
Abah yang pergi tunggu depan rumah
Aku salam tangan abah sebelum naik bus pergi Tapah
Aku nampak dalam bus
Air mata abah jatuh
Abah cakap
'Adik jaga diri baik2. Kalau ada apa2 telefon mak abah cepat2'
Aku peluk mak abah.
Aku menangis.

Ya allah. Besar nya pengorbanan abah.
Tanpa abah, aku bukan siapa-siapa.
Demi tuhan, aku sanggup korbankan apa saja demi abah
Kerana aku tau, aku hanya punya seorang abah
Abah adalah super hero aku

ABAH :

Awang @ Jalani Bin Haji Harun
Selamat Hari Lahir buat ayahandaku yang tercinta.
Hari ini adalah hari lahir insan yang amat bermakna dalam hidupku.
Terlalu banyak pengorbanan yang telah kau lakukan.
Walaupun usia semakin memakan waktu namun kau tetap tersenyum.
Walaupun kesihatan semakin tidak menentu kau tetap tersenyum 

Adik sayangkan abah sangat2.

Utk bakal pasanganku, Kalau lah kau mampu menjadi seorang lelaki seperti abah.
Tapi aku tau kau tidak mampu menggantikan tempat beliau dihati aku
Sebab ABAH aku dah letakkan disudut hati yang PASTI tak akan pergi kemana2.
Walau sejauh mana aku pergi, kasih sayang abah tetap dihati.
Namun, berusaha la menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anakku kelak.

InsyaAllah.





1 comment:

A.I.N.S.Y.A.H said...

our abah is our HERO ;)