Pages

si cantik dan si kacak

Thursday, December 29, 2011

Jom sihat bersama2

Assalamualaikum . . .

55 kg?

60kg?

65 kg?

Sihat sangat tu ! Kalau dulu BMI underweight, lepas tu jadi normal weight, sekarang? Overweight ! ! !

Wah, awesome kan ! hebat ! bermutu ! penuh keunggulan ! padahal dalam hati memaki hamun diri sendiri sebab xdapat nak kawal makan since study kat universiti ni :((

Banyak dah bahan2 tentang kesihatan yang aku baca even daripada sumber2 yang dipercayai pun aku dah jelajah. Mostly semua cara yang sama. Cara yang pada aku susah sangat la eh nak ikut ! padahal cakap je la rajin malas nak buat kan?

Harus la aku mencari2 tips untuk aku menjadi lebih cantik, sihat, menawan, langsing dan yang sewaktu dengan nya. Ye lah, kalau boleh nak cara yang mudah :)) Busy katakan. Mana ada masa banyak. Lagi2 dah start kerja nanti. Sedangkan masa belajar ni pun, sentiasa berjalan kaki. tinggi okay tangga batu caves kitaorg! sumpah xtipu. Tapi tetap xkurus ! ohsemmm.

Tapi kan, sape yg tak nak kuruskan? Tapi salahnya bila semua nak cepat.Bila berat yg berlebihan kita akan mudah berasa malu, rendah diri, senang dapat penyakit. Itu hakikatnya.

Sebenarnya cara menguruskan berat badan atau nak turunkan berat badan memerlukan motivasi dan displin yg tinggi dan betul. Daripada pengamatan aku la kan, nak turunkan berat badan ni senang tapi nak maintain berat berat yg ideal tu yg susah.

Jom, kita amalkan cara ni. Okay, aku nak cuba la nih ! *sambil makan keropok :)) Buah-buahan la..

  • Banyakkan minum air masak
Ye ! ini saya setuju ! Dulu pernah dengar mitos, 'kalau nak diet, xboleh minum air banyak nanti gemuk air'.. isk.. Mana cerita la yang aku dengar ni kan. Padahal hakikat musabab nya, sangat bagus minum air masak. At least 7 or 8 glass sehari.Ye la, tubuh badan kita perlukan air untuk membolehkan organ-organ dalam tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik. And one more thing untuk elakkan tubuh dehydrate .

Tapi tu la, aku pun xberapa suka minum air masak tapi gagahkan jugak la demi nak mencapai berat ideal balik.Kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh? kan? kan? kan? nak motivate diri sendiri ni

  • Tidur dengan cukup
Ye ! Ini jugak perkara penting yang kita kene ikut tau ! Korang tau tak, tidur yang cukup mampu membakar kalori didalam tubuh badan kita? Sebenarnya, tidur yang cukup mampu mengembalikan kesegaran badan dan jugak mengembalikan organ dalaman untuk berfungsi dengan baik.

Jangan jadikan habit suka tidur sampai lewat malam , eh pagi sebagai habit korang. Sakit woo.. Kalau siapa2 yang ada mygrain, macam aku.. Mesti rasa azabnya setiap kali kekasih gelapku tu datang.. So, jaga waktu tidur ok. Jangan gantikan dengan cara tidur waktu siang kalau malam korang dah berjaga macam burung hantu. Its not good ! ceh, padahal ko tido siang tadi kan?heee

  • Aktifkan diri dengan aktiviti2 yang best !
Study week? Tengok TV? Tengok movie dekat laptop ? Isk2.... its not good la... :(( Tak baik untuk kesihatan mata. Macam mana nak bakar lemak2 yang dah tepu kat badan kalau jari jemari je yg buat exercise? Badan memerlukan aktiviti yang aktif, yang melibatkan pergerakan, or something yang berpeluh. Contoh macam tolong mak kemas rumah, tolong abah kemas laman rumah, n etc. Kalau macam aku, aku dah start suka bukak lagu kuat2 n menari ala2 agnes monica gemok ! haha... Ada aku kisah? Janji aku happy and tak ganggu sesiapa.

Pernah tengok cerita AADC? Yang Dian Sastrowardoyo menari ngan kengkawan dia tu? Hah, macam tu la..

  • Makan makanan yang berkhasiat
Haha. Walaupun aku ni teramat suka sangat melampau dengan makan, bak kata kawan aku "makanan dan wanie tak boleh dipisahkan" .Ye, aku setuju sesangat la dengan apa yang dia cakap tu. Tapi aku akan cuba kawal la sekarang. Makan2 jugak, tapi ada la limit. Boleh la sesekali nak mengidam makan bukan2, tapi dalam kuantiti yang terkawal. Sekarang, aku dah tak skip breakfast, aku makan lunch. Utk dinner, aku belasah buah2 dengan roti ke, biskut ke..

Lagi satu makan sebelum tidur malam.Elak makan hampir-hampir nak tidur.Paling bagus makan time petang atau lepas maghrib macam time makan kat asrama. Satu lagi makan makanan yg berkhasiat contoh lebihkan makan sayur-sayuran,buah-buahan dan sederhana .


P/S : Aku nak cuba jugak. Apa yang aku suggestkan kat atas ni bukan untuk kurus semata2, tapi lebih kepada nak menjaga kesihatan. Ye la, badan ni nak guna lama.Tak nak la umur 30 tahun, aku dah sakit2.. Mintak dijauhkan...

So kengkawan, apa lak korang punya cara nak maintain kan berat badan or any idea nak kurus dalam erti kata yang SIHAT? Share la ok..


No comments: