Pages

si cantik dan si kacak

Monday, January 9, 2012

Belajar kenal erti : sahabat , kawan .

Assalamualaikum . . .

Tergerak hati nak buat entry pasal ni. Bukan tentang diri sendiri, bukan tentang mereka, tapi tentang manusia2 sekeliling. Ye, sedar yang diri sendiri pun bukanlah indah sangat untuk dianggap kawan terbaik. Tapi, its ok kalau same2 nak berkongsi kan? Tak salah rasanya.

Pernah dengar istilah "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa"


Memang betul istilah tu. Tak ada salahnya. Tapi, selama mana kau nak sentiasa menjadi orang yang menerima budi, dan orang yang sentiasa merasa? 

Cuba buat perubahan. Cuba biarkan konsep "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" ni, sentiasa berlaku selang seli dalam kehidupan kita. 

Bagi aku, kalau korang nak kenal apa itu erti budi, dan rasa adakah budi anda itu dihargai, cuba-cubalah menabur budi kat orang lain.Tak salah letakkan diri kita kat tempat orang lain. Tempat orang yang berbudi pada kita.

Tapi mereka2 yang menabur budi or memberi tu, usahlah cepat melatah. Usahlah berbuat baik demi untuk kepentingan sendiri mahupun mengharapkan balasan. Buatlah kerana Allah. Tak salah kan? Usahlah diungkit. Usahlah bermuka-muka.

Depan cakap lain, belakang cakap lain. Manusia2, jangan la bersikap macam nih. Tak baik tau ! Kalau tak suka, cakap je. Untuk apa menabur budi kalau akhirnya budi itu diungkit? Buatlah dengan ikhlas. Jangan diungkit. Mungkin manusia tak akan sedar hakikat nih, tapi Allah kan dah janjikan perkara2 baik kalau kita berbuat baik.

Masalah.
Ingat, jangan lari dari masalah, tapi cuba belajar untuk menyelesaikannya. Pengalaman akan mematangkan kita. Pengalaman itu yang paling berharga. Tak pe kalau lambat nak selesaikan masalah tu, janji korang tak lari. Mungkin tak perlu lari, mungkin memerlukan masa untuk bersendiri. 

Mencari dan mengenal siapa diri sendiri. Masalah dapat mematangkan diri sendiri. Belajar daripada masalah, belajar cara menyelesaikan masalah.

Sahabat, Kawan.
Susah nak mencari kawan yang betul2 kawan. Sahabat boleh menjadi kawan. kawan suka dan duka. Teman jatuh dan bangun. Tapi kawan. Isk. Satu dalam seribu. 


credit :AADC. Learn from this muvee. F
Kawan yang baik ialah
  • kawan yang selalu menegur silap anda. 
  • yang selalu perasan akan perubahan diri anda. 
  • yang cuba buat anda senyum walaupun hakikatnya memang dia tahu yang korang takkan senyum.
  • yang faham hanya dengan kerlingan mata korang.
  • yang hidupnya, percaya korang.
  • yang dirinya tegak untuk korang.
  • yang jiwanya seirama dengan korang.
Belajar melihat sekeliling dengan hati. Celik mata tak semestinya celik hati! :


wassalam

No comments: