Pages

si cantik dan si kacak

Sunday, July 24, 2011

Friendship :)

Keikhlasan seseorang individu tidak dapat dilihat hanya daripada luahan. Apa yang dilakukan, ditunjukkan melalui mata kasar tidak semestinya membuktikan segala-galanya. Kawan? Ape itu? Sahabat? Masih wujudkah diketika ini? Benar, kita mampu mendapatkan seorang sahabat yang sejati sekiranya kita sendiri berusaha ke arah itu. Kita mampu menjadi seorang sahabat yang terbaik, sekiranya kita sendiri adalah sahabat yang sempurna. Kawan ketika senang, dan kawan ketika duka. Kawan yang mampu memahami apa yang dirasai. Kawan yang mampu merasai kesusahan yang dialami.
Kita hanya manusia biasa. Yang mudah terasa hati, yang mudah menangis, yang mudah sekali jatuh sekiranya tidak kuat untuk menghadapi segala dugaan. Namun, jujur. Aku bukanlah seorang yang kuat dalam menghadapi semua ini. Aku masih mentah dalam mengenal erti seorang sahabat. Ada yang bermuka-muka. Mencari hanya ketika di dalam kesusahan. Ada juga yang memilih kawan. Bukan dari aspek sikap positif yang dimiliki namun berdasarkan paras rupa sahaja.

Tidak kusangka..ini semua terjadi.. Benar, aku pernah mendengar kata nya.. “Sumpah, aku tak nak kawan dengan dia sampai bila-bila”. Aku bukan niat hendak bermuka-muka. Aku maafkan dia. Sebab tak ada yang lari daripada salah silap. Namun, sikapnya hari ini..melukakan hati aku. Jujur, jangan sesekali mengukur keikhlasan hati aku dalam melakukan sebarang perkara. Aku lakukan demi masa depan, demi kerja bersama. Aku belajar daripada kesilapan dahulu. Aku tak nak di cop sleeping partner lagi. Cukuplah sekali. Aku sudah belajar. Namun kini, aku berada ditempat mereka. Mereka bersikap lepas tangan……ya Allah….maafkan hambamu ini ya Allah…….


Nabilla Huda….
Awak sahabat terbaik saya…


Ain Affnani
Terima ksih menjadi teman yg baik di zaman universiti :p

Ainul Farkhan…..
Awak kekasih saya….

Sahabat adalah kawan… Kawan bukanlah sahabat..
* Semoga kalian semua menjadi kawan yang terbaik .Quality is better than quantity.

1 comment:

iLuvMaSeLf said...

i likeee...awk pn kwn baik sy juga..=)